Krisis Liga Malaysia: AFC Buka Siasatan dan Risiko Gantung

Krisis Liga Malaysia: AFC Buka Siasatan dan Risiko Gantung

======================================================

Berita menggelitik dijangka berlaku dalam dunia bola sepak Malaysia. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Siasatan ini dilakukan selepas FAM dan MFL gagal mengatasi isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh beberapa kelab dalam Liga Malaysia.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustaffa, tindakan AFC itu adalah wajar demi mencari punca permasalahan dalam sukan utama negara. "Ia adalah satu tindakan wajar untuk AFC menyiasat FAM dan MFL. Hal ini kerana, apabila sesebuah liga profesional diwujudkan, mereka ada tatacara yang perlu diikuti dan ditetapkan oleh AFC dan FIFA," kata Sadek kepada Majoriti.

Rentetan daripada siasatan tersebut, Sadek melihat risiko untuk bola sepak negara dihukum adalah besar kerana isu yang berlaku. Hal ini kerana, hanya satu kelab saja yang dapat dikenal pasti, tetapi sebenarnya masih ada lagi yang bermasalah.

"Risiko untuk dihukum itu sangat tinggi. Hal ini kerana, masih ada banyak kelab yang bermasalah tetapi belum dapat dikenal pasti kesahihannya. Kalau sebelum ini, ada pemain import yang melaporkan terus hal gaji tertunggak kepada FIFA. Siapa yang cover balik gaji mereka? FAM yang perlu melakukannya untuk menyelesaikan isu gaji tertunggak," jelas Sadek.

Terdapat spekulasi mengatakan yang jika Liga Malaysia akan dihukum, slot Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Asia akan terjejas kerana itu. Bagi Sadek, itu adalah kesan yang perlu terima selepas Liga Malaysia sendiri tidak menepati kriteria.

"Benar, JDT dan Selangor layak ke Asia secara merit menerusi pencapaian sebagai juara dan naib juara liga. Tapi masalahnya, liga kita sendiri yang bermasalah. Isu sebegini seharusnya diatasi sebaik mungkin," komen Sadek.

Walaupun AFC belum mengumumkan keputusan siasatan, tetapi risiko gantung Liga Malaysia adalah sangat tinggi. Kita tunggu apa keputusan yang akan diambil oleh AFC dan bagaimana Liga Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini.

Rujukan:
[VIDEO] FAM, MFL berdepan risiko lesen liga dari AFC ditarik balik
KL bebas pemotongan mata bikin fans Hijau Kuning berang, tuntut layanan adil MFL

Ikuti Media Sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram