=====================
Tidak dikira apa juga jenis perjudian yang dimainkan di tempat bebas, adalah menjadi satu kesalahan. Kesalahan ini boleh dituduh dibawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.
Judi Ekor Haram
================
Dengan adanya perlumbaan kuda, penganjur ekor haram telah mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan mereka di merata ceruk rantau. Penganjur tersebut mempunyai runner dan pemungut untuk membantu mereka dalam perniagaan ekor haram. Ekor haram selalu dari 3 dan 4 angka sahaja, dan keputusannya berpandu kepada keputusan lumba kuda, tetapi sekarang mengikut cabutan Magnum. Sungguhpun ada terdapat penjualan ekor secara berlesen, judi ekor haram digemari oleh orang-orang kerana terdapat kemudahan untuk membelinya serta hadiahnya lebih daripada yang dijual secara berlesen.
Bagi kesalahan menjalankan/menganjurkan judi ekor haram boleh dituduh dibawah Seksyen 4 A(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka, dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan membeli ekor haram boleh dituduh dibawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.
Judi Tikam-Tikam
=================
Judi jenis ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak sekolah di mana tikam-tikam ini dibawa oleh penaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman di tepi sekolah-sekolah dan di tepi jalan. Permainan ini mempunyai hadiah-hadiahnya, dan di bawahnya terdapat kertas cabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bertentangan dengan hadiah maka pencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerap kali pemain selalu tertipu tidak mendapat sebarang hadiah pun.
Bagi kesalahan-kesalahan menjual tiket-tiket boleh dituduh dibawah Seksyen 4(1)(e) Akta Rumah Perjudian Terbuka, dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 20,000/- atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mesin Perjudian/Jackpot/Turking/Fruit Machine
=====================================================
Perjudian jenis ini baru sahaja timbul dan banyak penganjurannya pada mulanya mendapat keuntungan yang lumayan. Permainan ini digemari oleh kanak-kanak sekolah dan juga orang dewasa. Mesin-mesin tersebut diletak di tempat-tempat awam seperti di kelab-kelab rekreasi, kedai-kedai kopi, gerai-gerai makan dan juga dirumah kediaman. Cara main adalah mudah, dengan menaruh wang 20 sen atau setengah mesin 50 sen, dan selepas itu tekan mana pilihan yang hendak dipertaruhkan. Jika menang hadiah merupai wang syiling akan keluar ke dalam kotak hadiah. Permainan ini sungguh mengasyikan pemainnya.
Penganjur/penjaga boleh dituduh dibawah Seksyen 10(1) Akta Loteri 288/52, dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 10,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Selain itu mereka juga boleh dituduh dibawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958, dan hukumannya tidak melebihi RM5000/-.
Poker88wd.com – Situs Poker Online Uang Asli Agen Bandar …
==================================================================
Poker88wd.com – Situs Poker Online Uang Asli Agen Bandar Q Domino Qiu Qiu AduQQ DominoQQ Poker Online Indonesia merupakan situs paling digemari para penggemar game online.